Monday, August 3, 2015

Thumb's Cafe @ Ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Saya hari ni nak cerita berkenaan satu cafe yg best kalau untuk bawa family makan2 iaitu Thumb's Cafe. Ok, cafe ni sebenarnya dah agak femes di sekitar Bandaraya Bougainvillea, Bandaraya Ipoh sebab keluar surat khabar & tv lagi. 

Bagi yg masih lagi ragu-ragu untuk pergi cafe2 yg ala2 hipster ni sebab takut harga makanan mahal etc, korang jgn risau tentang harga dia. Hari tu, kami satu family (3 orang) order makanan & minuman: total harga semua dlm RM35 (tak ingat harga sebenar tp still dalam range). 

Signature dish yg mesti cuba dekat sini adalah meatballs. Meatballs diorg ni mmg crew2 Thumb's Cafe yg buat sendiri (homemade la katekan) & korang boleh rasa sendiri keunikan dia. 

Meatballs Thumb;s Cafe


Cafe ni memang selalu jd tumpuan muda-mudi yg nak lepak2 or hangout dgn kawan-kawan, nak ambil2 gambar ke. Orang yg datang nak makan kat sini pon tak putus2.  Thumb's Cafe terkenal dgn tema klasik yg terdapat pada hiasan dalaman cafe ni. Ada barang2 lama yg susah nak kita jumpa zaman sekarang ni tau. 

Vintage kan, dia punya tingkap tu haa






Kalau tak muat duduk kat dalam, kat luar ni pon boleh. 

Sorry la tak banyak gambar yg nak tunjuk sebab tak sempat nak ambil hehe. Lapar sgt.

Location cafe ni satu deret je dgn Ipoh Parade dekat2 Greentown Business Centre. Landmark cafe ni adalah Asrama Anak-anak Yatim Badan Khidmat Islam Perak (BAKIP) sebab dulu2 ada asrama anak-anak yatim tp sekarang dah pindah. Kalau susah or malas nak cari, guna waze ke foursquare ke, mudah. Confirm dapat jumpa punya lahh. 

Oklahh sebelum nak habis ni, saya sertakan alamat penuh & waktu operasi cafe ni. So, jgn la ragu2 nak datang ye, yg penting HALAL & berpatutan. 

Alamat penuh:
133, Jalan Sultan Abdul Jalil, 30450 Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
(Asrama Anak-anak Yatim Badan Khidmat Islam Perak, BAKIP)

Waktu operasi:
6.00ptg - 1.00 pg
Khamis tutup








No comments:

Post a Comment