Monday, August 31, 2015

Pak Long Cafe @ Ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada peminat cafe hunting atau cafe hopping di sekitar Ipoh ni, korang boleh la ke Pak Long Cafe di Pekan Ipoh. Korang yg suka lepak-lepak dengan family atau dengan kawan-kawan boleh la datang ke sini. Pelbagai menu yg terdapat disini, terdiri daripada spagetti, nasi lemak, lamb chop, fish and chips, macaron dan kek. 


Harga makanan dan minuman disini juga agak berpatutan bermula dari RM2.50 sehingga RM20.00. Makanan disini juga boleh tahan sedapnya. Hmmm kalau nak cerita dekat sini memang takkan habis punya lahh. 




Bagi yg pertama kali ke sini anda boleh nampak cafe ni betul2 berhadapan dengan Kamdar Ipoh dan Taman Kanak-kanak. Juga bersebelahan dengan kedai gunting rambut dan di bawah Port and Co Gallery Cafe. 



Bahagian dalam cafe.

Dalam chiller tu ada kek, macaron dan muffin.



Pilihan keluarga kami, lamb chop, fish and chips, spaghetti bolognese meatballs, hot mocha, signature chocolate dan macaron. 

Signature Chocolate 

Macarons

Jadi apa tunggu lagi, jom ajak kawan-kawan, family lepak dekat sana. Jangan risau pemilik cafe ni orang Melayu jadi tiada was-was dalam memilih makanan dan HALAL. Pemilik cafe ni pun baik orangnya dan ramah. Selamat menjamu selera!!!

Alamat penuh:
No. 13, Jalan Raja Musa Aziz,
30300 Ipoh, Perak.
(Berhadapan dengan Taman Kanak-kanak)

No. tel:
016-4105060

Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali hari ISNIN
Selasa - Khamis: 2.00pm - 11.00pm
Jumaat - Ahad: 3.00pm - 12.00am










No comments:

Post a Comment