Monday, August 10, 2015

Sumo Kitchen D' Polo @ Ipoh


Assalamualaikum dan salam bahagia,

Siapa minat dengan burger bakar? Haa meh sini kita nak cerita mengenai satu burger bakar yang best dekat Ipoh ni, nama dia Sumo Kitchen D' Polo Cafe


Lokasi dia tak susah pon kalau nak carik. Betul-betul depan Padang Polo (Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz) je. Tapi Sumo Kitchen ni bukanla macam cafe-cafe yg sebelum ni. Dia lebih kepada tempat makan yg open berbumbung dibawah satu nama D' Polo Cafe. Hal ini kerana terdapat banyak booth makanan yg menjual pelbagai jenis makanan di tempat yg sama (D' Polo Cafe) ni. Ok la saya taknak cerita pasal makanan yg lain sebab fokus kita hari ni adalah burger bakar.



Kesedapan burger kat sini memang perghhh sangat sebab dengan ketebalan patty yang diorang buat sendiri, cheese yg meleleh hmmm memang tak terkata la. Harga dia pun takdela mahal sangat. Korang boleh dapat dalam RM7.50 untuk basic burger sampai la RM18.50 untuk supreme burger.  Selain itu, korang boleh jugak add-on cheesy wedges ke potato baked ke atau pun jagung bakar. Tapi kalau macam kami satu family ni set cheese burger pun dah kenyang hehehe.

Minuman Sumo Kitchen tak sediakan tapi korang boleh beli dekat gerai yg khusus menjual air minuman (panas / sejuk). Tempat makan dekat D' Polo Cafe ni pun luas boleh je kalau nak bawak family ramai-ramai makan & lepak dengan kawan-kawan.



Sumo Kitchen D' Polo Cafe
Antara menu Sumo Kitchen
Padang Polo Ipoh
Mengancam ke tidak? 
Cheese Burger Sumo KItchen

Lokasi: 
D' Polo Cafe 
Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo)
Ipoh

Waktu Operasi:
Setiap hari
5.00ptg hingga 12.30mlm
Order terakhir: 12.00mlm








No comments:

Post a Comment