Monday, August 24, 2015

Mat Periuk @ Ipoh

Assalamualaikum dan selamat petang,

Siapa tak kenal chef selebriti Malaysia, Chef Kamarul. Kalau korang nak tahu chef Kamarul ni ada membuka beberapa cafe (Mat Periuk & Mat Periuk Jr) di Ipoh memandangkan chef Kamarul ni berasal dari Ipoh, Perak. Jadi, hari ini saya nak bawa korang ke Mat Periuk atau dikenali sebagai A Philosophy of Chef Kamarul di Kg Tersusun Tasek. Tak silap saya mengenai sejarah cafe ini, tapak cafe ini dulunya adalah tapak kedai bapa kepada chef Kamarul sendiri dan diubahsuai menjadi cafe. 


Disini korang bukan sahaja dapat makan makanan daripada Chef Kamarul, korang dapat jugak dapat menikmati musik live band. Berkenaan harga makanan, korang jangan ingat semua chef jual makanan tu mahal tau tapi sebenarnya di Mat Periuk ni harga makanan tak semahal di hotel-hotel. Jadi, memang sesuai sangat kalau korang nak bawa satu keluarga untuk datang ke sini. 


Boleh dikatakan cafe ini setiap hari sentiasa penuh dengan pelanggan. Korang kena datang awal kalau nak dapat tempat duduk yg best. Selain itu, cafe ini menunjukkan hasil anak Melayu yg berjaya dengan perniagaan makanan. Tak payah ke cafe mahal-mahal yg belum tentu halal ke tidak. Tapi di Mat Periuk ni semestinya HALAL dan hak milik orang Melayu. 









Saya memilih Grilled Salmon. Marvellous. 


Hello Soda pun ada kat sini

Kalau korang duduk di Ipoh, korang mesti tahu Tesco Extra di Bercham. Korang boleh masuk ke jalan SMK Jalan Tasek dan masuk ke dalam kawasan Kampung Tersusun Tasek. Hmmm guna waze atau Google Maps pon boleh. InsyaAllah korang mesti puas hati. Ok ni alamat penuh & waktu operasi cafe ni.

Alamat penuh:
22241, Hala Tasek Timur 11,
Kg Tersusun Tasek,
Ipoh, Perak


Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali hari Rabu
4.00pm -12.00am

Mat Periuk Jr di Tambun (dekat je) tapi saya belum cuba lagi insyaAllah kalau saya sampai saya update lg ok. Thanks sudi baca. 





No comments:

Post a Comment