Wednesday, October 7, 2015

Padang Kota Lama @ Penang

Assalamulaikum & salam ceria,

Agak lama jugak menyepi sebab sibuk dengan urusan harian hee. Tapi bab makanan mana boleh tinggal...!!! Hari ini saya bawa korang pergi satu tempat yg tak asing lagi iaitu Padang Kota Lama. 'Ni dia nak habaq, tak Penang la hampa kalau tak pi Padang Kota' ewaahhh cakap loghat utagha la pulak hee. Sambil menghirup udara dari laut dan menikmati pemandangan tepi pantai yg indah apa kata korang cuba Mee Sotong yg terkenal disini. 


Food court Esplanade Park atau Padang Kota Lama ini, sememangnya terkenal dengan kesedapan Mee Sotong, Pasembur (Rojak Pasembur) dan Coconut Shake. Harga makanan disini juga tidak mahal hanya RM3.00 Coconut Shake, Pasembur RM7.00 dan Mee Sotong RM5.00. Selain itu, terdapat juga makanan lain di food court ini seperti nasi ayam, ABC, Mee Rebus dan macam-macam lagi. 


Food court ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung tidak kira dari dalam atau luar negara. Jadi sesuai untuk membawa keluarga bersama untuk menjamu selera. 




Untuk pengetahuan semua, pintu gerbang ini sudah tiada selepas renovation di lakukan. Kali terakhir saya berkunjung ke sini pada bulan Mac 2015. Apabila saya kembali pada bulan Oktober 2015 ini, pintu gerbang ini sudah tiada dan kawasan food court lebih selesa dan bersih. 



Menikmati pemandangan pantai. 


Pasembur RM7.00 


Mee Sotong RM5.00. Walaupon nampak sikit tapi cukup mengenyangkan sampai tersandar kot hehehe. 


Coconut Shake RM3.00 yg mempunyai rasa asli air kelapa dan isi kelapa yg banyak.


Hidangan tengahari saya pada hari ini. 


Nin dia kalau nak pi carik noh. 

Alamat penuh: 
Padang Kota Lama (Esplanade Park), 
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 Penang

Waktu Operasi: 
Setiap hari kecuali Ahad
Tengahari sehingga lewat petang

Tuesday, September 22, 2015

The Twelve Cups @ Penang

Assalamualaikum dan salam ceria,


Saya nak perkenalkan lagi satu cafe yg terdapat di Pekan Georgetown berhampiran dengan Beach Street. Cafe ini terkenal dengan art coffee yg comel2 dan mille crepe kek yg sangat sedap. Harga makanan dan minuman disini juga agak berpatutan bermula dari harga RM6.90 hingga RM12.90. Selain minuman panas, korang juga boleh menikmati ais green tea, ice chocolate dan macam2 lagi. 



Saya memilih americano. 



Mille crepe cake.



Sesudah berjalan-jalan dan membeli-belah di Beach Street, korang boleh la merehatkan diri di The Twelve Cups. Jangan lupa korang mesti membuat pesanan mille crepe cake dia tau. 


Waktu Operasi
Setiap Hari
10.00am - 12.00am

Alamat The Twelve Cups
12, The Whiteaways Arcade, 
Beach Street, Georgetown, 
10300 Penang
(Bersebelahan dengan Subway Beach Street)


Layari Page The Twelve Cups untuk maklumt lebih lanjut


Monday, August 31, 2015

Pak Long Cafe @ Ipoh

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada peminat cafe hunting atau cafe hopping di sekitar Ipoh ni, korang boleh la ke Pak Long Cafe di Pekan Ipoh. Korang yg suka lepak-lepak dengan family atau dengan kawan-kawan boleh la datang ke sini. Pelbagai menu yg terdapat disini, terdiri daripada spagetti, nasi lemak, lamb chop, fish and chips, macaron dan kek. 


Harga makanan dan minuman disini juga agak berpatutan bermula dari RM2.50 sehingga RM20.00. Makanan disini juga boleh tahan sedapnya. Hmmm kalau nak cerita dekat sini memang takkan habis punya lahh. 




Bagi yg pertama kali ke sini anda boleh nampak cafe ni betul2 berhadapan dengan Kamdar Ipoh dan Taman Kanak-kanak. Juga bersebelahan dengan kedai gunting rambut dan di bawah Port and Co Gallery Cafe. 



Bahagian dalam cafe.

Dalam chiller tu ada kek, macaron dan muffin.



Pilihan keluarga kami, lamb chop, fish and chips, spaghetti bolognese meatballs, hot mocha, signature chocolate dan macaron. 

Signature Chocolate 

Macarons

Jadi apa tunggu lagi, jom ajak kawan-kawan, family lepak dekat sana. Jangan risau pemilik cafe ni orang Melayu jadi tiada was-was dalam memilih makanan dan HALAL. Pemilik cafe ni pun baik orangnya dan ramah. Selamat menjamu selera!!!

Alamat penuh:
No. 13, Jalan Raja Musa Aziz,
30300 Ipoh, Perak.
(Berhadapan dengan Taman Kanak-kanak)

No. tel:
016-4105060

Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali hari ISNIN
Selasa - Khamis: 2.00pm - 11.00pm
Jumaat - Ahad: 3.00pm - 12.00am










Friday, August 28, 2015

Pagi Ahad Di Beach Street @ Penang

Assalamualaikum dan salam indah,

Apa aktiviti ahad anda hari ini? Janganlah bermalasan di atas katil je, jom kita cuci mata dan ambil angin pagi di tepi pantai di Beach Street, Georgetown, Penang. Haaa mana yg tak tahu tu tempat ini adalah salah satu Project Occupy Beach Street yakni mereka akan menutup jalan-jalan utama dari kenderaan lalu-lalang supaya pengunjung boleh menikmati udara pagi yg sihat dan dapat melakukan aktiviti yg pelbagai seperti berjoging, bersenam, menaiki basikal dan menari. 

Sepanjang jalan ini, terdapat pelbagai gerai menarik yg menjual barangan unik seperti kraf tangan, lukisan, aiskrim pasu, dan macam-macam lagi. Sewaktu kami berkunjung kesini, beberapa aktiviti yg sedang berlangsung: larian amal, kempen melindungi hak wanita dan tarian daripada kanak-kanak. 




Peniaga sudah berada disini sejak pukul 7.00 pagi untuk mendirikan gerai. Orang ramai mula memenuhi jalan ini pada pukul 8.00 pagi. 



Sewaktu saya kesini, Hari Natal atau Krismas baru saja berlalu jadi seorang pakcik dari St. Joseph Home membuat persembahan muzik menggunakan barang-barang terpakai seperti raket tenis, tin milo, periuk dan mangkuk besi. Menarik betul apabila raket tenis telah diolah menjadi gitar. Lagu yg dimainkan pun sedap: lagu popyeye, lagu krismas.



Haa sesiapa yg lahir pada tahun 90's mesti sudah biasa dengan mainan ini. Susah untuk jumpa mainan begini sekarang ini kan.



Mainan anak patung kertas yg pernah menjadi kegemaran saya dan kawan-kawan sewaktu kecil-kecil dulu. Hehehe






Beberapa persembahan yg ada di Beach Street.

ti


Anda boleh kesini dan mencari parking yg berdekatan untuk memudahkan ke Beach Street ini. 


Lokasi Beach Street: 
Beach Street, Bishop Street, Church Street, Gate Church Street

Waktu:
Setiap Ahad
7.00am - 1.00pm


Monday, August 24, 2015

Mat Periuk @ Ipoh

Assalamualaikum dan selamat petang,

Siapa tak kenal chef selebriti Malaysia, Chef Kamarul. Kalau korang nak tahu chef Kamarul ni ada membuka beberapa cafe (Mat Periuk & Mat Periuk Jr) di Ipoh memandangkan chef Kamarul ni berasal dari Ipoh, Perak. Jadi, hari ini saya nak bawa korang ke Mat Periuk atau dikenali sebagai A Philosophy of Chef Kamarul di Kg Tersusun Tasek. Tak silap saya mengenai sejarah cafe ini, tapak cafe ini dulunya adalah tapak kedai bapa kepada chef Kamarul sendiri dan diubahsuai menjadi cafe. 


Disini korang bukan sahaja dapat makan makanan daripada Chef Kamarul, korang dapat jugak dapat menikmati musik live band. Berkenaan harga makanan, korang jangan ingat semua chef jual makanan tu mahal tau tapi sebenarnya di Mat Periuk ni harga makanan tak semahal di hotel-hotel. Jadi, memang sesuai sangat kalau korang nak bawa satu keluarga untuk datang ke sini. 


Boleh dikatakan cafe ini setiap hari sentiasa penuh dengan pelanggan. Korang kena datang awal kalau nak dapat tempat duduk yg best. Selain itu, cafe ini menunjukkan hasil anak Melayu yg berjaya dengan perniagaan makanan. Tak payah ke cafe mahal-mahal yg belum tentu halal ke tidak. Tapi di Mat Periuk ni semestinya HALAL dan hak milik orang Melayu. 









Saya memilih Grilled Salmon. Marvellous. 


Hello Soda pun ada kat sini

Kalau korang duduk di Ipoh, korang mesti tahu Tesco Extra di Bercham. Korang boleh masuk ke jalan SMK Jalan Tasek dan masuk ke dalam kawasan Kampung Tersusun Tasek. Hmmm guna waze atau Google Maps pon boleh. InsyaAllah korang mesti puas hati. Ok ni alamat penuh & waktu operasi cafe ni.

Alamat penuh:
22241, Hala Tasek Timur 11,
Kg Tersusun Tasek,
Ipoh, Perak


Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali hari Rabu
4.00pm -12.00am

Mat Periuk Jr di Tambun (dekat je) tapi saya belum cuba lagi insyaAllah kalau saya sampai saya update lg ok. Thanks sudi baca. 





Saturday, August 22, 2015

Chocolate Passion @ Penang

Assalamualaikum dan salam hujung minggu,

Siapa peminat coklat? Mesti sudah terbayang-bayangkan coklat yg melimpah-ruah, kemanisannya dan kelazatan coklat tak terhingga. Kepada mereka yg tinggal di Penang tidak sukar bagi anda untuk mencari kerana Chocolate Passion semestinya akan memenuhi citarasa dan keinginan anda kepada coklat. Chocolate Passion menawarkan coklat buatan sendiri (home-made chocolate), chocolate bomb, chocolate pizza, churros, dessert dan minuman yg berasaskan coklat. Lokasi Chocolate Passion ini agak tersorok di bahagian atas (tingkat 6) Gurney Paragon :terdapat jejantas yg menghubungkan satu bangunan ke bangunan yg lain. Cafe ini berhadapan dengan laut (Pantai Gurney) Hmmm kena pandai bejalan la cikit noh hehehe. 


Harga makanan disini agak berpatutan dari belasan ringgit ke puluhan ringgit sahaja. Ruang makan yg luas dan selesa. Korang akan berasa ceria apabila masuk ke cafe ini apabila menghidu bau-bauan coklat yg segar. Selamat menjamu selera!!! :) 



Chocolate Avocado

Churros dip with dark chocolate
Chocolate bomb

Ice Cream
 Lokasi Chocolate Passion:
Lot L6.01, Tingkat 6,
Gurney Paragon Mall
04-2189215

Waktu Operasi:
Sabtu, Ahad, Rabu: 1.00pm - 10.00pm
Khamis, Jumaat: 2.00pm - 10.00pm
Isnin: 3.00pm - 10.00pm




Friday, August 21, 2015

Ben's @ Penang

Assalamualaikum dan salam bahagia,

BEN's ini merupakan cafe di bawah satu syarikat THE BIG GROUP yakni sama dengan cafe PLAN B. Ben's menhidangkan makanan yg lazat-lazat dan minuman yg pelbagai dengan harga yg berpatutan. Suasana di Ben's ini sangat tenang dan sesuai untuk bersantai menenangkan fikiran dengan secawan kopi. 


Ben's ini terletak di Gurney Paragon bersebelahan dengan Gurney Plaza dan Pantai Gurney. Pelbagai pilihan makanan yg menarik disini seperti sandwiches, pasta dan etc. Hmmm sewaktu kami makan disini, kami dapati tiada GST yg dikenakan (tertera diresit kami) hehe. Pelayan disini pun mesra pelanggan dan servis baik. Jom apalagi!!!



Oozy Cheese Toastie with Turkey Ham and Iced Chocolate

Golden Soft Shell Crab Spaghetti and Vanilla milkshake

Antara menu yg ada

Menu Ben's
Ben's Gurney Paragon:
163-C-1-03 & 163-C-1-04
Persiaran Gurney
10250 Pulau Pinang
04-2288909

Waktu Operasi:
Ahad-Khamis
12.00pm - 10,00pm
Last order: 9.00pm
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum
12.00pm - 11.00pm
Last order: 10.00pm

Tuesday, August 11, 2015

Winter Warmers Coffee & Tea House @ Penang

Assalamualaikum dan salam ceria,

Siapa pernah dengar Winter Warmers Coffee & Tea House? Mesti pernah kan. Tapi cuma taktahu nak order apa bila masuk dalam tu nanti kan? Ok saya cerita sikit apa itu Winter Warmers Coffee & Tea House ni. Tempat ini adalah satu tempat yg tertutup sesuai untuk melakukan perbincangan atau bersantai sambil menikmati teh Inggeris. 


Hiasan meja. pinggan & cawan disini memang menarik yg masih mengekalkan ciri-ciri Inggeris (vintage) original. Siapa yg berminat dengan hiasan pinggan mangkuk vintage seperti ibu saya pasti rambang mata & terpesona. 


Hidangan teh yg popular disini adalah Teh Buah-buahan seperti Peach Fruit Cocktail, Teh Hijau, Teh Hitam (Black Tea) dan Teh Herba. Selain itu, terdapat juga pilihan kopi (sejuk / panas), makanan berat, kek, scones dan pencuci mulut. Harga makanan disini agak berpatutan. Set minuman petang bermula dari RM16.90 seorang. Pelbagai jenis hidangan yg ada disini. 


Winter Warmers Coffee & Tea House ini terdapat beberapa cawangan di Penang dan satu di Selangor. Saya menikmati hidangan teh Inggeris ini di QueensbayMall, Penang bersama rakan. Untuk anda yg ingin merasai teh Inggeris boleh la berkunjung ke Winter Warmers ni. 



Sementara menunggu hidangan, kami diberi salad sebagai pembuka selera.
Rosebuds Herbal Tea (RM11.90) pilihan saya.
Rakan saya memilih Peach Fruit Cocktail (RM10.90)  (kiri gambar).
Seafood Cheese Rice (RM20.90)
Penuh satu meja.
Lavender Cheese Cake untuk dessert (RM7.90/slice).




Untuk mengetahui lebih lanjut lokasi & waktu operasi cawangan anda boleh layari website Winter Warmers:









Monday, August 10, 2015

Sumo Kitchen D' Polo @ Ipoh


Assalamualaikum dan salam bahagia,

Siapa minat dengan burger bakar? Haa meh sini kita nak cerita mengenai satu burger bakar yang best dekat Ipoh ni, nama dia Sumo Kitchen D' Polo Cafe


Lokasi dia tak susah pon kalau nak carik. Betul-betul depan Padang Polo (Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz) je. Tapi Sumo Kitchen ni bukanla macam cafe-cafe yg sebelum ni. Dia lebih kepada tempat makan yg open berbumbung dibawah satu nama D' Polo Cafe. Hal ini kerana terdapat banyak booth makanan yg menjual pelbagai jenis makanan di tempat yg sama (D' Polo Cafe) ni. Ok la saya taknak cerita pasal makanan yg lain sebab fokus kita hari ni adalah burger bakar.



Kesedapan burger kat sini memang perghhh sangat sebab dengan ketebalan patty yang diorang buat sendiri, cheese yg meleleh hmmm memang tak terkata la. Harga dia pun takdela mahal sangat. Korang boleh dapat dalam RM7.50 untuk basic burger sampai la RM18.50 untuk supreme burger.  Selain itu, korang boleh jugak add-on cheesy wedges ke potato baked ke atau pun jagung bakar. Tapi kalau macam kami satu family ni set cheese burger pun dah kenyang hehehe.

Minuman Sumo Kitchen tak sediakan tapi korang boleh beli dekat gerai yg khusus menjual air minuman (panas / sejuk). Tempat makan dekat D' Polo Cafe ni pun luas boleh je kalau nak bawak family ramai-ramai makan & lepak dengan kawan-kawan.



Sumo Kitchen D' Polo Cafe
Antara menu Sumo Kitchen
Padang Polo Ipoh
Mengancam ke tidak? 
Cheese Burger Sumo KItchen

Lokasi: 
D' Polo Cafe 
Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz (Padang Polo)
Ipoh

Waktu Operasi:
Setiap hari
5.00ptg hingga 12.30mlm
Order terakhir: 12.00mlm