Agak lama jugak menyepi sebab sibuk dengan urusan harian hee. Tapi bab makanan mana boleh tinggal...!!! Hari ini saya bawa korang pergi satu tempat yg tak asing lagi iaitu Padang Kota Lama. 'Ni dia nak habaq, tak Penang la hampa kalau tak pi Padang Kota' ewaahhh cakap loghat utagha la pulak hee. Sambil menghirup udara dari laut dan menikmati pemandangan tepi pantai yg indah apa kata korang cuba Mee Sotong yg terkenal disini.
Food court Esplanade Park atau Padang Kota Lama ini, sememangnya terkenal dengan kesedapan Mee Sotong, Pasembur (Rojak Pasembur) dan Coconut Shake. Harga makanan disini juga tidak mahal hanya RM3.00 Coconut Shake, Pasembur RM7.00 dan Mee Sotong RM5.00. Selain itu, terdapat juga makanan lain di food court ini seperti nasi ayam, ABC, Mee Rebus dan macam-macam lagi.
Food court ini sentiasa dipenuhi dengan pengunjung tidak kira dari dalam atau luar negara. Jadi sesuai untuk membawa keluarga bersama untuk menjamu selera.
Menikmati pemandangan pantai.
Pasembur RM7.00
Mee Sotong RM5.00. Walaupon nampak sikit tapi cukup mengenyangkan sampai tersandar kot hehehe.
Coconut Shake RM3.00 yg mempunyai rasa asli air kelapa dan isi kelapa yg banyak.
Hidangan tengahari saya pada hari ini.
Nin dia kalau nak pi carik noh.
Alamat penuh:
Padang Kota Lama (Esplanade Park),
Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 Penang
Waktu Operasi:
Setiap hari kecuali Ahad
Tengahari sehingga lewat petang