Tuesday, August 11, 2015

Winter Warmers Coffee & Tea House @ Penang

Assalamualaikum dan salam ceria,

Siapa pernah dengar Winter Warmers Coffee & Tea House? Mesti pernah kan. Tapi cuma taktahu nak order apa bila masuk dalam tu nanti kan? Ok saya cerita sikit apa itu Winter Warmers Coffee & Tea House ni. Tempat ini adalah satu tempat yg tertutup sesuai untuk melakukan perbincangan atau bersantai sambil menikmati teh Inggeris. 


Hiasan meja. pinggan & cawan disini memang menarik yg masih mengekalkan ciri-ciri Inggeris (vintage) original. Siapa yg berminat dengan hiasan pinggan mangkuk vintage seperti ibu saya pasti rambang mata & terpesona. 


Hidangan teh yg popular disini adalah Teh Buah-buahan seperti Peach Fruit Cocktail, Teh Hijau, Teh Hitam (Black Tea) dan Teh Herba. Selain itu, terdapat juga pilihan kopi (sejuk / panas), makanan berat, kek, scones dan pencuci mulut. Harga makanan disini agak berpatutan. Set minuman petang bermula dari RM16.90 seorang. Pelbagai jenis hidangan yg ada disini. 


Winter Warmers Coffee & Tea House ini terdapat beberapa cawangan di Penang dan satu di Selangor. Saya menikmati hidangan teh Inggeris ini di QueensbayMall, Penang bersama rakan. Untuk anda yg ingin merasai teh Inggeris boleh la berkunjung ke Winter Warmers ni. 



Sementara menunggu hidangan, kami diberi salad sebagai pembuka selera.
Rosebuds Herbal Tea (RM11.90) pilihan saya.
Rakan saya memilih Peach Fruit Cocktail (RM10.90)  (kiri gambar).
Seafood Cheese Rice (RM20.90)
Penuh satu meja.
Lavender Cheese Cake untuk dessert (RM7.90/slice).




Untuk mengetahui lebih lanjut lokasi & waktu operasi cawangan anda boleh layari website Winter Warmers:









No comments:

Post a Comment