Monday, August 3, 2015

Junk Cafe or Coffee Junkie @ Penang

Assalamualaikum dan selamat petang

Hari ni saya nak perkenalkan satu cafe di Pulau Pinang @ Penang pulak. Junk Cafe or Coffee Junkie namanya. Ok cafe ni terletak di Chulia Street tengah2 Pekan Georgetown or kalau orang Penang cakap Town je. 

Kenapa dipanggil Junk (sampah)? Sebab cafe ni mengandungi pelbagai barangan lama yg kita boleh anggap sampah kalau kita tak pandai menilai keseniannya (amboihh) & menggubahnya. Sesiapa yg suka pada nilai2 kesenian & barangan antik, korang boleh datang ke cafe ni. 

Makanan dekat sini boleh la tahan. Saje je jalan2 pusing Town ni nak buat #cafehunting gittew hehe. 

Hiasan siling cafe
Tu dapur buat minuman. Diorg masak makanan kat luar
Pilihan makanan dekat sini kebanyakkannya burger & patty burger dia handmade. Price range makan dia dari RM19.90 untuk makanan sahaja tak termasuk minuman. Hari tu saya order Cold Chocolate (RM10.00) & Blood Cream Burger (RM19.90). Sedap burger dia. Siapa suka kopi & art coffee korang boleh cuba dekat sini sebab barista kat sini dengar2nya hebar tau.


Cold Chocolate & Blood Cream Burger

So, apa tunggu la sila la jalan2 ke Penang. 



Alamat penuh:
401, Chulia Street, Georgetown, Penang

Waktu Operasi:
Setiap hari 
Isnin hingga Ahad
9,00 pagi - 8.00 mlm




No comments:

Post a Comment