Friday, August 28, 2015

Pagi Ahad Di Beach Street @ Penang

Assalamualaikum dan salam indah,

Apa aktiviti ahad anda hari ini? Janganlah bermalasan di atas katil je, jom kita cuci mata dan ambil angin pagi di tepi pantai di Beach Street, Georgetown, Penang. Haaa mana yg tak tahu tu tempat ini adalah salah satu Project Occupy Beach Street yakni mereka akan menutup jalan-jalan utama dari kenderaan lalu-lalang supaya pengunjung boleh menikmati udara pagi yg sihat dan dapat melakukan aktiviti yg pelbagai seperti berjoging, bersenam, menaiki basikal dan menari. 

Sepanjang jalan ini, terdapat pelbagai gerai menarik yg menjual barangan unik seperti kraf tangan, lukisan, aiskrim pasu, dan macam-macam lagi. Sewaktu kami berkunjung kesini, beberapa aktiviti yg sedang berlangsung: larian amal, kempen melindungi hak wanita dan tarian daripada kanak-kanak. 




Peniaga sudah berada disini sejak pukul 7.00 pagi untuk mendirikan gerai. Orang ramai mula memenuhi jalan ini pada pukul 8.00 pagi. 



Sewaktu saya kesini, Hari Natal atau Krismas baru saja berlalu jadi seorang pakcik dari St. Joseph Home membuat persembahan muzik menggunakan barang-barang terpakai seperti raket tenis, tin milo, periuk dan mangkuk besi. Menarik betul apabila raket tenis telah diolah menjadi gitar. Lagu yg dimainkan pun sedap: lagu popyeye, lagu krismas.



Haa sesiapa yg lahir pada tahun 90's mesti sudah biasa dengan mainan ini. Susah untuk jumpa mainan begini sekarang ini kan.



Mainan anak patung kertas yg pernah menjadi kegemaran saya dan kawan-kawan sewaktu kecil-kecil dulu. Hehehe






Beberapa persembahan yg ada di Beach Street.

ti


Anda boleh kesini dan mencari parking yg berdekatan untuk memudahkan ke Beach Street ini. 


Lokasi Beach Street: 
Beach Street, Bishop Street, Church Street, Gate Church Street

Waktu:
Setiap Ahad
7.00am - 1.00pm


No comments:

Post a Comment