Saturday, August 22, 2015

Chocolate Passion @ Penang

Assalamualaikum dan salam hujung minggu,

Siapa peminat coklat? Mesti sudah terbayang-bayangkan coklat yg melimpah-ruah, kemanisannya dan kelazatan coklat tak terhingga. Kepada mereka yg tinggal di Penang tidak sukar bagi anda untuk mencari kerana Chocolate Passion semestinya akan memenuhi citarasa dan keinginan anda kepada coklat. Chocolate Passion menawarkan coklat buatan sendiri (home-made chocolate), chocolate bomb, chocolate pizza, churros, dessert dan minuman yg berasaskan coklat. Lokasi Chocolate Passion ini agak tersorok di bahagian atas (tingkat 6) Gurney Paragon :terdapat jejantas yg menghubungkan satu bangunan ke bangunan yg lain. Cafe ini berhadapan dengan laut (Pantai Gurney) Hmmm kena pandai bejalan la cikit noh hehehe. 


Harga makanan disini agak berpatutan dari belasan ringgit ke puluhan ringgit sahaja. Ruang makan yg luas dan selesa. Korang akan berasa ceria apabila masuk ke cafe ini apabila menghidu bau-bauan coklat yg segar. Selamat menjamu selera!!! :) 



Chocolate Avocado

Churros dip with dark chocolate
Chocolate bomb

Ice Cream
 Lokasi Chocolate Passion:
Lot L6.01, Tingkat 6,
Gurney Paragon Mall
04-2189215

Waktu Operasi:
Sabtu, Ahad, Rabu: 1.00pm - 10.00pm
Khamis, Jumaat: 2.00pm - 10.00pm
Isnin: 3.00pm - 10.00pm




No comments:

Post a Comment